sekolah itu ladang pahalaku...sekolah itu ladang aku menabur budi...sekolah itu medan jihadku...sekolah itu tabung amanahku...
Ya Tuhan, sesungguhnya rahmatMu amat besar buatku...percaturanMu adalah yang terbaik buatku...Kau jugalah yang mengetahui mana baik dan buruk untukku...
SK Long Sait, mendengar nama sekolah ini meniti di bibir, seorang sahabat mengucap panjang...katanya sekolah ini jauh dan amat dalam...malahan pihak JPN sendiri pun meragui status mastautin aku di semenanjung...seolah2 Long Sait hanya untuk mereka dari Sarawak sahaja...aku yang masih terpinga-pinga dan terkesima hanya mampu menadah telinga mendengar dan menghulurkan senyum sahaja...nak memperkatakan sesuatu, bibir seolah-olah terkunci rapat...redha dan pasrah itu jiwaku...
minggu pertama di sekolah menyaksikan bagaimana aku cuba untuk blend in dengan kakitangan serta keseluruhan warga sekolah...Alhamdulillah...mereka yang berkhidmat di sini tidak lokek dengan perkongsian ilmu dan pengalaman. keejasama yang baik dan layanan juga baik2...subhanallah, aku bersyukur dengan rezeki dan kurnianmu ya Rabb....
hati tersentuh tatkala melihat tulus dan mulus pada wajah anak2 di sini..semangat tinggi untuk memperjuangkan nasib dalam pendidikan...namun ketercapaian kurang...hidup dalam serba kekurangan..pendedahan juga jauh dari pesat membangun hiruk pikuk kota...namun semangat mereka tinggi...insyaAllah aku berjanji dengan diriku akan berbakti sehabis baik untuk mereka...
compang camping pada pakaian itu tidak menyekat mereka daripada terus menuntut ilmu...rongak dan sumbing pada senyum mereka tidak menyekat mereka daripada berkomunikasi...melihat keadaan mereka membuatkan aku bersyukur dengan apa yang aku miliki...mereka lagi daif...mungkin Dia menghantarku ke sini untuk memberikan aku ruang dalam memperbaiki dairi ini...mensyukuri nikmat2 yang dikurniakan...
ya Allah, Tuhan yang memiliki isi langit dan bumi...
yang menguasai tujuh petala langi dan tujuh petala bumi...
limpahkanlah hidayah, cahaya dan petunjukmu buat kami di sini...
agar terbuka hati dan benak kami di sini..
mengejar redha dan inayahMu...
No comments:
Post a Comment